Selasa, 17 Julai 2012

~jangan salah orang lain~lihatlah diri

Assalamulaikum~

bismillahirahmanirahim..

17hb.7.2012

kita hanya nampak kelemahan orang lain sedang kita lupa untuk perbaiki kelemahan diri sendiri, saat kita membuka beribu aib insan lain, Allah sedang membuka seribu aib kita tanpa kita sedari , jangan menghina insan lemah kerana insan yang lemah itu akan menjadi insan yang mulia dari kita.

saat Allah memberi pilihan..

dalam hidup Allah akan memberi keadaan yang perlu untuk kita membuat pilihan, kadang-kadang kita salah membuat pilihan kerana terlalu terburu-buru, kita harus memilih dengan pilihan Allah bukan pilihan nafsu, saat Allah memberi ujian, kita tersedar bahawa pilihan itu salah, orang lain tak akan faham dengan apa yang kita lalui dan hadapi, hati kita sakit, jiwa kita perit, tetapi senyuman harus di ukir,, kerana hidup bukan untuknya, tetapi hidup kerana ingin beribadah dan mencari redhaNya, dalam konteks cinta, kita akan jatuh saat cinta itu jauh, kita akan mati saat cinta itu pergi, tetapi persahabatan akan tetapi kekal saat kita jatuh, dia membangunkan, saat kita pergi, dia menanti, itulah manisnya bersahabat,.. tak di nafikan dalam persahabatn akan timbul perasaan cinta, tetapi cinta itu masih terkawal dengan adanya keimanan... 

bila hati mula terbuka. kenapa sekarang?

satu persatu Allah hadirkan ujian , kita cuba pejamkan mata dan positivkan pemikiran, ya Allah sedang aturkan sesuatu di hadapan, bila kita ishtiharkan untuk menutup pintu hati, Allah telah membukanya.. tetapi kenapa sekarang? mungkin kerana Allah sedang melihat, apakah akan ku salahkanNya saat dia menguji??? tidak! sama sekali tidak, kerana diri ini lebih yakin akan tindakkan Allah kerana Dia yang mencipta dan mematikan ku, tiada sesiapa yang layak meyalahkan Allah, kerana kita sendiri lemah,daan Allahlah meliputi seluruh sifat kesempurnaan,ya Allah.. ampunilah hambaMu ini.. buka kanlah jalan yang luas untuk ku melangkah dengan iringan Mu, dan berikanlah kekuatan kepada ku untuk menguatkan lagi keyakinan ku kepadanya.... insan yang bakal menjadi pembimbingku... semoga Allah pelihara dirimu,.. sehingga tiba saat yang telah di tetapkan oleh Allah..

harapan ibu bapa yang menggunung~

mak abah, maafkan kakak, kerana tidak mampu menjadi anak yang baik, diri ini x akan pernah mati untuk mengucapkan maaf, kerana itu lazimnya sikap serang manusia, yang sering melakukan kesalahan tanpa sedar,bila melihat raup wajah kedua insan yang sangat ak sayangi, mereka tersenyum melihat kejayaan ku, mereka menagis saat diri ini meninggalkan mereka, kenapa?? kakak membawa satu harapn yang besar untuk terbang tinggi ke awan biru, jauh dari mata mereka untuk di awasi,tetapi sentiasa dekat di hati mereka dalam doa mereka, dengan kesungguhan mak abah, kakak mendapat semnagt untuk lebih kuat, segala tomahan dan godaan syaitan kakak sedang tepis, walaupun terkadang x mampu untuk melakukannya..tetapi bila kakak terjumpa sesuatu, kakak menjadi kuat, kakak menjadi yakin... bukan kerana dia, tetapi kerana Allah yang menghadirkan dia...terima kasih ya Allah.. mengurniakan aku sahabat dan ibu bapa yang baik buatku.. 

tok buat serunding untuk cucu dy~^^ sweett.. hehe terima kasih tok... syg tok.. hehe

pada hari yanag sangt kusut buatku, bismillah aku tenangkan jiwa dengan mengigati Allah, mudah mudahan akan lebih tenang, membuka fb dan blog, untuk menulis,tiba-tiba chat box berbunyi, oh m.tam rupanya... dy dengan semngt chat minta untuk ak membuka web cam, nk tgk tok buat serunding.. hehe lawak la... 2 insan yang sering menjadi kerinduan, tokkk m.tam... tok wan.. kakak rindu..=( terima kasih atas serundingnya... kakak mkn untuk raya nnti ya.. hehe

kini ku ibaratkan semuanya bakal berakhir,

bernekad untuk kuta, mencuba untuk menjadi lebih kuat, membia kekuatan dengan senyuman, Allahuyusahil,
sementara menanti ramadhan kita cuba mencari sinarnya, sebelum melangkah di dalam cahayanya.. ya Allah tak sabar untuk melihat suasana ramadhan tanpa keluarga tercinta, tetapi ak ada sahabat-sahabat tercinta...yeah! alhamdulillah...



                                          salam ramadhan dari perantauan mujahadah_mujahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan