Sabtu, 30 Jun 2012

~bila hati rindu kluarga~

*my lovely family*

bila sakit dia lah insan yang paling susah hati~terima kasih abah

                                  angah dan abah di malam hari raya..<<test camare bru>> hehe

mak dan farhan dalam kereta.... 

dah besar farhan.. boleh tgk d skype je.. 
snap picture..

p.njang dan m.njang...
dan putra putri mereka(nur i'zzatul aulya, nur i'zzatul mirza, dan muhammad haziq mukri)

di alorstar.sebelum berlepas ke jordan...
haziq,mirza, aulya..

the last one (muhammad thaqif baihaqi) tak sempat tgk dy besar...insyallah thun depan..

p.lang dan rosinah hayati putri.. my cousin

jimmy~hehe muhammad arif hazimi...~
skrng rambut dah pendek...

my cousin(muhammad arif hakimi)
anak pertama p.lang... (^_^)

rosdina hayati putri,& rosinah hayati putri...hehe 
rindu korang.. sobsob...(~_~)


p.lang dan kluarga.... 
rindu semuanya..................

my lovely family....
mak abah,tok, along, k.jaz
adik, angah, n me...

saat susah mereka di sisi, saat senang mereka di hati, susah dan senang snetiasa di ingati.. terima kasih semua..setiap memory bersama kalian sangat berharga, setiap detik yang pernah di lalui, saat di hargai...
kerana masa bersama-sama berkumpul, ibarat emas untuk di tukar ganti, dan mungkin lebih berharga dari itu, terima kasih juga atas nasihat setiap masa yang di berikan, ~

sayang semua selamanya...














"muslimah"~

lembut wanita kerana senyuman,cekal wanita kerana keberanian,patuh wanita kerana kesetiaan...

impian kasih(unic)

kasih
 dengar lah,
hati ku berbiara..

kasih, 
izinkan,
 diri ku bertanya....
bisakah cinta bersemi,
 mengundang restu ilahi,
 adakah bahgia yng di impi,
 menjadi satu rialiti..

kasih, kusedari, 
kekurangan ini,
oooo
kasih, ku insafi, kelemahan, ini.....

ku ingin sunting diri mu,
mejadi permaisuri hatiku,
sebagai isteri yang berbudi,
kebangaan para suami..

wanita.....
hiasan dunia,
seindah hiasan adalah wanita solehah,
yang akan membahagiakan syurga di dalam rumah tangga....

Wanita:
bersyukurlah kerana kita adalah wanita, walaupun wanita adalah penghuni neraka yang terbanyak, kerana dosa-dosa mereka, tetapi percayalah, wanita juga ada tempat di syurga, andai kita mengikut apa yang telah di tetapkan oleh syariat, Allah telah meletak wanita setinggi-tinggi darjat di dunia dan akhirat, pada wanita ada syurga , untuk anak-anaknya, Allah Maha Adil padahambaNya, untuk apa lagi kita merungut dengan setiap apa yang di perintahkan oleh Allah... 

wanita Adalah ibu,:
kita adalah ibu kepada anak-anak, kita adalah ibu kepada seorang bapa, kita adalah ibu kepada sebuah negara, sunggu berat tanggungjawapmu, sebagai seorang wanita, dan sungguh besar juga ganjaran buatMu sebagai seorang wanita, anak menagis, engakaulah penghibur, anak lapar engkaulah chef, anak tak tahu, engkaulah guru, itulah ibu, tiada kata lelah yang keluar dari mulutnya melainkan senyuman, saat keletihan, engkau mampu tersenyum,saat kelaparan, engkau masih mampu menahanya, agar anak-anak lebih kenyang darimu,setiap masa bagi mu bersama anak-anak adalah masa yang paling gembira melihatnya membesar, itulah kesabaran yang Allah berikan kepada kita sebagai seorang wanita.. 

wanita seorang isteri:
menjadi seorang isteri bukanlah satu benda yang mudah untuk di pikul , setiap detik kita akan di uji, dengan ujian jiwa, ujian minda, Allah meninggikan darjat kita sebagai wanita andai kita patuh pada seorang lelaki bernama suami, saat itu, syurga kita sebagai seorang isteri adalah di bawah telapak kaki suami, kesabaran yang tinggi untuk kita menjadi yang terbaik buat suami, tetapi suami yang terbaik adalah suami yang meringankan dan memudahkan isterinya. subhanallah.. mampukan kita memiliki berakhlak rasulullah, saat saidatina aisyah tak terdaya memasak, mereka berpuasa??? sungguh kita akui, kita tak sehebat saidatina aisyah untuk memiliki, lelaki sesabar rasulullah dan sehebat rasulullah, tetapi kita mampu mengikut sunnahnya...

wanita seorang anak:
kita juga dilahirkan dari rahim seorang ibu yang juga seorang wanita, kita sebagai satu cahaya baginya, cahaya yang penuh dengan kegembiraan, kita ibarat zahra(bunga)dalam keluarga,andai tiada bunga , taman akan suram, bila ada bunga, taman menjadi indah, itulah kita sebagai bunga yang indah, bunga yang di jaga rapi oleh pekebunnya, yang tidak ada sedikit pon haiwan perosak mampu merosakkan bunga itu, bertapa pentingnya kita untuk sesuatu perkara,kerana Allah tidak menjadikan sesuatu benda dengan sia-sia. pasti ada hikmahnya, kenapa Allah menciptakan , alhamdulillah....

wanita juga HAMBA:
kita hamba Allah sama seperti kaum adam yang lain, andai Allah memberi ganjaran kepada kaum adam kerana kebaikan mereka, begitu juga kaum hawa, Allah akan memberi balasa yang setimpal dengan kebaikan kita, Allah telah meniptakan hawa kepada adam untuk melengkapkan hari-hari adam sebagai manusia, fitrah mahkluk yang inginkan berpasangan,andai bulan berpasangan dengan mentari, begitu juga bunga berpasangan dengan kumbang, siang berpasang dengan malam, dan lelaki berpasang dengan wanita... itulah hikmah kejadian makhluk Allah, bersyukurlah kita kerana sudah terplih menjadi makhluk Allah yang berakal... alhamdulillah... 

firman Allah dalam kitabNya:
"Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan,(akan mendapat)syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai"
surah at-taubah ayat 198

Khamis, 28 Jun 2012

~rindu Al maad~

kali terakhir menjadi pencatat masa hari sukan di sekolah~with my belover friend~iylia

guru-guru, ustaz dan ustazah yang banyak mendidik dan mengajar kami ~ terima kasih guru~

our sporting sir~ heheh... setiap kali masuk kelas.. make essay~
ustazah a'isyah...~ rindu ustazah...

hari sukan sekolah pelajar putri~ 
thoriq-merah
amru-hijau
saad-biru
salahuddin-kuning

...........the winner is all of student .......

setiap yang kita lalui pasti akan ada kenangan yang di simpan bersama,dulu kini dan selama-lamanya....kami bekerja, dalam satu kumpulan, kmi berusaha dalam satu semangat, kami bersatu dalam satu kesepakatan... dan kmi beriman kepada satu TUHAN(ALLAH) 

distinasi yng kita cari adalah kejayaan, tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha yang gigih kita bersama, kejayaan yang kita peroleh bukan pada kejayaan duniawi , tetapi kejayaan hakiki, kekal abadi... 

malu tp mahu~matien... kiri~nurul,tirah,syafawati,iylia,n hanim~
rindunya kmu smua ....

~duduk dri kiri.. atirah,syafawati,
berdiri dari kiri, natrah, hanim, iylia..nostalgia gmbar ni hehe

 matien~majlis tingkatan 6 ~2011~
berdiri(amirah,nawal,asma,nurul,adilah,hanim,iylia)
duduk(atirah,natrah,syafawati,syahirah)

sekolah ku (unic)
bertahun lama, aku meninggalkan, 
lama sekolah yang penuh kenagan,
memori indah menyusuk di jiwa..
ooooo
suka dan duka dalam memburu cita

masih terbayang kenakalan teman,
usik mengusik, bersenda grauan,
kini setelah kita berjauhan ,
semuanya itu menjadi kernduan,

tetap segar dalam ingatan,
kali pertama berkenalan,
senyuman mersa 
menyimpulkan tali persahabatan
hingga kini masih ku simpan........








Selasa, 26 Jun 2012

UkHw@H~SYG SEMUANYA KERANA Allah~

zulfa tulis di sticy note laptop.~

disaat ini kita mencari erti ukwah yang sejati~  

ya Allah... kurniakanlah insan yang boleh membimbingku saat aku jauh dariMu, insan yang membantuku saat au jatuh dengan ujianMu, insan yang ikhlas menjadi sahabat dan temanku, kerana nilai keikhlasan ini hanya Engkau yang tahu~ameen

bestkan kalu kita ada kwn yang boleh bwk g shopping, n sama-sama habis duit beli "make-up" kasut, baju.....wah.... best2..comelkan klu kita ada kwan boleh bgi kita hadiah setiiap hari-hari terpenting kita, mesti dapat banyak hadiah nanti, lucky kan klu dapat kawan yang selalu belanja mkn, n selalu bwk g jalan-jalan... tp....
bila susah... mana kawan-kawan ni pergi???? kita nk g shooping, tp duit x da.... xda spa lagi nk kwan dengan kita, kita nk hadiah banyak-banyak waktu bufday kita, tp mana kawan-kawan ni pergi saat kita tiada apa-apa untuk memberi... kita nk g jalan-jalan n happy2 ... mana kawan-kawan ni pergi saat kita sudah x da nilainya lagi... mereka menilai kita dengan wang yang kita ada, bila ada wang, adalah mereka, bila tiada wang, tiadalah mereka, itu hanyalah kawan yang tiada erti sahabat... saat berkawan kita perlu juga sahabat, kerana sahabat itu bukan pada waktu kita senang je sama dia, tapi susah dan senang kita sama-sama...

kisahku pada waktu sekolah menengah, aku seorang yang agak pendiam n not as a friendly person..tapi aku beruntung sebab Allah kurniakan aku seorang sahabat yang sejati, kmi sama-sama jatuh dan sama-sama membina semangat untuk bngun kembali.kmi menagis bersama, ketawa bersama.. tiada rasa gundah saat bersamanya, kmi tidak kisah untuk di kenali sebagai "belangkas" sebab di mana ada dia, adalah aku, di mana ada aku, adalah dia.. ibarat bayang-bayang, dia seorang yang sangat sensetiv, bukan sebarrang orang boleh rapat denganya,tetapi Allah memberi keserasian kepada kmi untuk berkawan, dari tinkatan 1 kmi berkawan sehinggalah tinkatan 6...

pernah juga kmi bergaduh, atas sebab-sebab yang x munasabah.. hehe tapi kmi berbaik semula dengan menulis puisi antasa satu sama lain, itulah keserasian kami, suka pada ayat puitis, hanya dengan puisi itu membuat hati kmi ketawa riang , kerana ayat yang di kirimkan sangat lucu, hehe.. tapi ayatnya kalah orang bercinta...romantik kan ukhwah kmi? tpi ukhwah itu Allah hanya memberi kmi 6 tahun untuk membina, dan Allah telah memisahkan kami kerana keadaan yang memaksa, aku redha dan dia pasrah.. biar dri jauh, kami masih menjalinlan ukhwah itu.sesekali melihatnya di skype, sangat lucu,, sebab, tiada had masa untuk kami bercerita panjang, semua cerita kmi nk masukkan.. cerita pasal sekolah la, pasal family la, macam-macam lagi, rindu dia sangat-sangat (iylia nur hanis) 

sebelum aku bertolak ke jordan, aku x dapat berjumpa denganya walaupun sekali , hanya 2 minggu sebelum aku bertolak kmi bertemu, tetapi bukan pada jangka masa yang lama, hanya seketika... aku sedih, dan dia juga, dia tidak sangup untuk melihat aku pergi, andai dia bersama ketika itu, aku pasti akan ada mata-mata lain yang turut berair,.. aku menagis, saat berbicara denganya di telefon sebelum bertolak, kmi saling pesan memesan antara satu sama lain... pesanan ukhwah itu pastu ku semadi dlm ingatan... terima kasih sahabat....

"teruskan berusaha sahabat, jangan pernah kalah, klu Allah beri dugaan, bersangka baiklah pada ujianNya, anggaplah itu sebagai satu hadiah yang bernilai untuk di jadikan sejarah kehidupan"



Isnin, 25 Jun 2012

bin@ K3kU@T@N d3Ng@n s3NyUm@n


~Nur Syahadah.~
tika terbuka hari,
cahaya yang terang,
meneragi hati mu ,
mulus terbias di wajah,

kau sambut dengan redha hadirnya hidayah
nekad pendirian merungkai kalimah.........

***************************************************
hari isnin 25 jun 2012

entah la , aku terpikir, kenapa aku tidak dapat lelapkan mata pada waktu yang sepatutnya??? terkadang, kepala ku mula sakit, mungkin di sebabkan oleh tido yang tidak teratur... ya Allah kenapa?????
 hari ni Allah mendugaku lagi dengan kesabaran, dalam keadaan yang panas terik , aku di uji, berlari ke sana ke sini untuk menyelesaikan urusanku, alhamdulillah biarpun dugaan ini hanya sedikit. aku tetap bersyukur kerana Allah memberi kemudahan untuk ku uruskan semua ini.. alhamdulillah, 

pukul 1.15 petang: aku keluar dari rumah selepas usai solat zohor, sebenarnya sudah lewat 15 minit dri masa berjanji, tetapi yng wajib harus di dahulukan, memohon kemudahan dari Allah, aku berjalan dari hijazi(kawasan rumah ku di jordan)ke pintu syimali berjalan seorang diri sambil mendengar halwa telinga ... sungguh tidak rasa kepenatan itu, walaupun dahaga tersangat-sangat, aku tetap bertahan, kerana niat kerana Allah, aku mampu bertahan....

tiba di perpustakaan, berjumpa dengan sahabatku yang sedang menunggu untuk membuat urusan bersamaku, dengan melihat senyumannya dari jauh, aku berdoa untuk dia terus kuat membantu kami menguruskan urusan .. apabila melihat suasa damai di perpustakaan, aku terasa bagai hendak menagis, kerana di sinilah tempat ku habiskan masa membuat "taqrir" subjek yang sangat sukar untuk aku fahami.... nathar qodim,(prosa lama) dr yang akan ku ingat segala nasihatnya kepada anak- anak malysia... dr. mai yussof.. seorang yang sangat tegas, tetapi baik hati juga.. hehe bila ada apa-apa yng perlu untuk bertnya hanya merujuknya di maktabah... walaupun mukanya agak garang, tetapi dy tetap dr yang sangat berdedikasi.... terima kasih dr..... 

aku dan masyi berlari kembali ke maktabah setelah selesai masalah di qobul tasjil, alhamdulillah selepas mendapat cop dari maktabah, kami teruskan explore kmi ke syu'un tolabah... mencari dan terus mencari bilik khidmat tolab.. ya Allah mana ni??? kmi sudah tiga kali naik dan turun di kawasan syuun tolabah, setiap bilik kmi masuk untuk mencari bilik tersebut dan akhirnya kami terjumpa , wa.. hensem plk kerani tu.. haish.. ssh la nk buat urusan macam ni.. kmi mula nk tergelak dengan suara hati masing-masing, tetapi demi urusan , kmi tidak lihat lagi pada rupanya yang ala-ala zizan hehe tp zizan arabic la... hehe.. tak pernah berurusan dengan arab yang lembut bila bercakap dengan kmi, tapi dia lembut, hehe lawak pon ada.. tp tahan je, kluar dri maktabah, kmi ketawa tak tertahan lagi... memahami suara hati masing-masing, kepenatan itu hilang kmi terus kan perjalanan ke kuliah adab, dr ma fisy... dah balik, arrgghhh dah lewat rupanya... tetapi kmi tidak buang masa untuk terus di situ, melangkah keluar ke kuliah syariah......berjumpa dengan rois kuliah syariah di tingkat 3...

hanya untuk mengambil tauqi3(tanda tangan,) sudah ambil tanda tngan perlu ambik cop plk,.. di tingkat 4, huh, penat... melihat anak tangga di depan, kami melangkah dengan bismillah.. berharap agar di beri kekuatan lagi... alhamdulillah.. kmi mengegam tnagn sama-sama menaiki tanga itu, yeah!! akhirnya....kmi cepat-cepat turun tangga untuk terus kembali ke qobul tasjil....ak melihat jam "eh dah 2.45!" kita hanya ada 15 minit lgi... ya Allah kuatkanlah aku...... eh air lah... hehe sabar-sabar.. puasa... ngee... sedapnya melihat air sejuk tu, walhal waktu tak puasa tak pula teringin nak minum air tu... dugaan tu.. kami cepat-cepat ke sana, alhamdulillah... sempat untuk selesaikan 1 masalah... syukur-syukur.. kini ku tahu, bertapa susahnya berurusan.. terima kasih PERMAI (persatuan peajar malaysia jordan irbid) hanya Allah dapat membantu jasa kalian... sayang untuk tinggalkan ukhwah permai ni, tetapi kmi tetap satu keluarga walaupun bakal terpisah nanti....(^_^)

TAMMAT~ 

Sabtu, 23 Jun 2012

HaRaPaN iTu kemBali~ ya Allah

"Sabda rasulullah s.a.w: jika Allah menghendaki kebaikan kepada seseorng Dia akan di uji dengan musibah" hadis riwayat bukhari


hari khamis 21hb jun 2012,

panggilan telefon dari ukhty naimah mengejutkan aku, apabila mendapat tahu akan ada perjumpaan bersama dengan wakil duta malaysia untuk perbincangan mencari solusi masalah kami, jantung ku berdebar kencang, hanya berharap agar mendapat solusi terbaik buat kmi semua, hanya mampu berdoa agar Allah membuka jalan yang terbaik, aku mencari semangat untuk terus melangkah, dengan 1000 harapan agar bersama sahabat-sahabat di yarmouk university untuk terus berjuang bersama ukhwah yang terbina, sayang untuk aku melepaskan, tetapi aku perlu untuk lepaskan andai Allah telah menetapkan sesuatu untuk kebaikan ku,

hari jumaat 22hb jun 2012..

setelah habis membaca warkah cinta dari ilahi, aku tersedar bahawa aku sudah terlewat 4 minit untuk temu janji, cepat-cepat aku bangun mencari stoking dan beg untuk aku bersedia menemui ustaz saifuddin wakil EMJ , ya Allah berdebar betul hati ini, mencari keselesaan dalam hati ini untuk melihat sesuatu dengan lebih profesional... 20 minit menunggu, jam di tangan telah menunjuk pukul 7.20 mlm...

"assalamualikum..... "suara seseorng dari luar puskom,,,,puskom tempat di mana pelajar-pelajar malaysia universiti yarmouk jan just berkumpul dalam satu-satu program...

"w'alaikumsalam...." kmi menjawap, melihat wajah 2 insan yang sudah banyak menjadi bapa kepada kami di jordan ini, setiap urusan akan di rujuk kepada mereka, terima kasih... kerana sudah banyak bekorban demi kebaikan anak bangsa...

perbincangan terus di mulakan, agar tidak kelewatan untuk kami solat maghrib nanti.... meluahkan dan mengutarakan persoalan terus di bincang, kata-kata semangat dari mereka sangat menjadi motivasi buatku,
"tiada istilah gagal selagi mana kita belum pernah berkata putus asa,setiap kegagalan itu adalah kekuatan untuk berjaya" aku berpegang pada kata-kata ini....

"ustaz saifuddin memberi 2 cara untuk di lakukan agar kami meneruskan perjuangan....pertama : hanya menukar bidang pengajian dalam universiti yang sama " jiwa ku berbunga-bunga.. ya Allah ada harapan lagikah ?? untuk aku terus berjuang bersama sahabat--sahabat? air mata bagai mahu mengalir...
yang kedua: tukar bidang dan tukar universiti" aku berdoa sekuat mungkin untuk terus berada di sini bersama sahabat-sahabat.... ya Allah andai Engkau mahukan sesuatu kebaikan buatku, perudahkanlah...........ameen,

"DOA SENJATA MUKMIN...."BERDOALAH KEPADAKU PERCAYALAH AKAN KU PERKENANKAN DOAMU"surah mukmin ayat 60






"berdoalah kami kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya, ketahuilah sesungguhnyaAllah tidak menerima doa dari hati yang lalai"
riwayat  Al tarmizi

BeRuB@H pErLuk@n PenG0rb@n@n

          Berubah itu satu benda yang sangat sukar untuk di lakukan selepas kita jauh dari Allah, kepahitan itu kita perlu tempuhi kerana matlamat kita yang satu, iaitu syurga abadi,

      saat diri ini jatuh, kaki bagai tersekat di celah pohon yang rendang, aku mencari kapak untuk memotongnya, tapi tidak jumpa, sedih dan sakit dengan keadaan itu, ak bagai putus asa mencari dan terus mencari kekuatan untuk keluar dri kesakitan itu, ya Allah bantulah aku untuk keluar, aku perlu untuk terus berlari, kerana masih jauh untuk aku gapai matlamat itu, suara hati menjerit sekuatnya... minta tolong dari semua orang, hanya memalui suara hati, tetapi aku melihat saat itu banyak suara hati yang datng menolong, subhanallah, bertapa cantik dan indahnya suara ukhwah itu... ak terus menagis, saat semua menolong,cuba untuk bangun  walaupun kesakitan masih berbaki,sedikit demi sedikit kesakitan itu hilang dengan gurau senda dan kata semangat mereka....terima kasih ya Allah, sebab beri kawan-kawan yang baik buat ku.... 

        paling indah saat membuka surat cinta dari Mu ya Allah, surat cinta tanpa kalam itu mengubat lagi hati ini, aku pernah lupa untuk membuka surat cinta itu, tetapi saat aku membuka helaian itu, hatiku menagis, menagis dan terus menagis, atas kejahilan itu, kelalaian yang telah menjatuhkan aku... setiap hari akan ku buka helaian itu walaupun hanya dengan membaca satu ayat dariNya... hati ku menjadi tenang...

"orang-orang beriman, hati mereka menjadi tenteram dengan mengigati Allah.Ingatlah ,Hanya dengan mengigati Allah, Hati menjadi tenang"surah Ar-raad ayat 28

     Allah sudah memberi jalan pada kita saat hati kita resah. Allah juga memberi jalan saat kita berasa berdosa, kerana Allah Maha pengampun lagi maha penyayang....walaupun kita telah zalim padaNya, Allah tetap memberi keampunannya kepada kita, dan memberi semangat kepada kita saat kita jatuh .. inilah motivasi yang mnaikan semangat diri ini "TERIMA KASIH ALLAH"

"Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati , sebab kamu paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang beriman"surah ali imran ayat 139

                                     
      SANDARKANLAH CINTAKU KEPADA ALLAH, AGAR NANTI CINTAKU KEPADA "DIA" HANYA KERANA ALLAH.....

Khamis, 21 Jun 2012

!khtib@r s! reM@j@




Remaja

        Jiwa yang penuh dengan warna-warna kedamaian… di sebalik kedamaian .. tersirat seribu keinginan…. Ingin mencuba sesuatu yang indah di mata, dan sedap di hati. Tetapi tidak tenang pada iman.. jiwa yang tetang Adalah jiwa yang sentiasa mengigati Allah … tiada rasa yang lebih indah selain rasa cinta kepada Allah.. sememngnya tidak di nafikan keinginan seorang remaja untuk hidup bebas tanpa halangan.. tetapi kebebsan itu tidak akan pernah melanggar kebebasan syariat… sejauh mana kita ingin bebas, tidak mengapa asalkan lihatlah pada jalan syariat…. Jiwa remaja masih dapat di bentuk, beruntunglah bagi remaja-remaja yang tidak di uji dengan dugaan “cinta monyet” kerana Allah tahu tahap kemampuan kita menjaganya, cinta itu suci, dan ianya juga fitrah bagi setiap manusia. 

        Tetapi cinta yang bagaimana?? Itulah yang patut kita fikir, cinta yang sebenar adalah cinta selepas akad, cinta yang penuh dengan kredhaan tanpa secalit kemurkaan dari Allah, cinta kepada Allah yang telah mencipta kita, cinta kepada rasulullah yang telah membawa nur islam kepada kita, da cinta kepada ibu ayah yang telah berkorban untuk kita, pernah kah kita sedar bahawasanya cinta ini luas dan suci?? Dan bukan salah cinta andai kita telah melakukan kemungkaran kerana nafsu. 

     Jangan di risau akan jodoh kerana firman Allah:”surah yassin:Maha suci Allah yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan,baik dari apa yang  di tumbuhkan dari bumi  dan diri mereka sendiri, maupun dari apa yang mereka tidak ketahui,..dan perempuan yang baik adalah untuk laki=laki yang baik.. dan sebaliknnya, andai kita renungkan ayat ini, Allah telah menyatakan bahawasannya jodoh dan takdir itu sememngnya telah di tentukan olehNya, kenapa perlu ada alasan untuk kita menghalalkan sesuatu yang haram? Bak kata ustaz pharol : kalau kita nak dapat yang soleh/solehah, kita mestila jadi soleh / solehah, sebab Allah tidak pernah memungkiri janjiNya,

       Andai kita masih mencari cinta yang belum tentu akhirnya , seolah-olah kita telah membuang masa dan nikmat kehidupan remaja kita,sedangkan di usia remaja ini pelbagai nikmat dapat kita rasai, tanpa kita sedari kalau tidak, pasti tak ka nada kaliamt “sweet seventeen”  tetapi macam mana ye kita nk dapat nikmat ni??? Ha.. kalau orng bercinta selalu lafaz I love you pada kekasihnya, apa kata klu kita bgi lafaz tu pada mak n ayah kita, mesti lagi sweetkan? Kalau kita selalu tulis puisi panjang-panjang untuk pujuk kekasih kita, kan lebih baik kita kembali melihat bait-bait ayat dalam alQuraan yang lebih tetang dengan pujukan yang paling bererti. Wah, cinta ni banyakkan caranya??? Untuk menghuraikan cinta dengan jiwa remaja ini adalah satu perkara yang sangat rumit, kerana pelbagai persoalan dan jawapan akan timbul, Cuma satu sahaja cinta yang tak akan pernah mengecewakan dan di kecewakan. Iaitu cinta pada yang member Rasa cinta ini. Kenapa couple haram??? couple hanyalah satu istilah, tiada salah padanya, tetapi kita yang telah merosakkan nya dengan nafsu, dan couple atas dasar nafsu akan membawa padah yang buruk pada kita,dan ia juga di anggap sebagai salah satu jalan mendekati zina , sedangkan zina itu telah di sebut dalam Al quraan bahawasanya ia salah satu perkara yang keji, kesimpulannya di sini adalah cara kita mengawal cinta kita daripada  di tipu oleh cinta nafsu, bagaimana??? Jom kita kupaskan permasalahan ini,


             Penyelesaian masalah ini ada pada diri kita, sejauh mana kita kuat melawannya daripada melakukan sebarang kemungkaran, pertamanya, carilah satu jalan yang terbaik dalam hidup kita, andai kita msih muda remaja, utamakanlah pelajaran kerana yang utama harus di utamakan,  selain itu Allah telah member kita jalan terbaik dalam Al quraan untuk kita elak daripada melakukan sesuatu yang mungkar  surah an-Nur (24) ayat 30. Dalam ayat ini Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang di larang, termasuklah memandang wanita yang bukan mahram, serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja, dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman: katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya , surah an-Nur (24)31 ,inilah peringatan yang Allah berikan kepada kita,

Rabu, 20 Jun 2012

Catatan KeSuNyian......

"alololo, muka dye.... monyok gitu,,,, hehe" kesunyian melanda diri saat sahabat-sahabat keluar bermujahadah menuntut ilmu di bumi syam, dalam kepanasan dan kehausan itu, mereka tidak pernah lelah untuk keluar menuntut ilmu, diri ini perlu menjadi suri rumah sementara mengurus urusan ku ke universiti al byt, sedih dan pilu untuk tinggalkan sahabat-sahabat , kmi menjalinkan ukhwah tanpa ibu bapa, dialah kawan, dialah ibu, dialah bapa, saat sedih, kami sedih bersama, saat ketawa kami ketawa bersama, setiap saat itu kami laluinya dengan pilu,kerana selepas ini jauh sekali untuk kmi bersama-sama ketawa dan menagis, perasaan ini tak dapat ku gambarkan, sedih terlalu sangat. tetapi senyuman harus ku ukir, agar pemergianku nanti dengan 1000 kenagan manis bersama,semalam gelagat yusra yang sangat selamber baling botol air padaku, hehe diri ini tahu bukan niatnya untuk membaling tetap terbaling, kerana melihat wajahnya yang terkejut ak memahami,  hehe

gelagat yang kedua, gelagat atirah, tengah study nak makan, bila orang dah masakan untuk dia, mula lah mengadap fb, hehe solehah" kenyang dah ka makan lap top tu" ngeee~ mak kami dalam rumah, pantang sikit kalau ajak makan x mau makan ni,,, hehe k.faiznur lak, balik dri mengutip wang derma, terus jadi accounting.... kira duit... diam je dengan keja dy , di temani bobo(hamster) yang nakal .... "spa2 nak derma lagi 70 qirsh??" untuk cukupkan 1 dinar hehe.. lepas ni adakah akan ku jumpa lagi suasana ukhwah seperti ini??? sedih... tp aku perlu kuat, kerana berpisahnya kami kerana ilmu Allah, tetapi tali ini akan di ikat dengan doa,

"hanim, tolong kejut leha, kejab je leha nak tido " jam di henfon sudah pukul 11 malam, aku melihat mata kuyupnya, dengan rasa simpati ku tahan mata ini, moga-moga tak tertido untuk kejut leha,, ada homework katanya.... "okeys set, tido jap je tau leha,jap g bngun solat n study".... jam sudah menunjukkan pukul 12 malam , mengejutkan leha bngun ... tapi sangat kesian melihat muka keletiahan sahabat-sahabat, tahu akan keletihan mereka seharian di jamiah, ulang alik ke kelas,"hanim.. ngntok lagi la....." haha nak sambung tdo balik la tu..... "dah2 bngun leha, jap g tdo balik" hehe lletih sangat tu... tak pe lah,, bila hari beransur pagi, pukul 8pagi, semuanya kalut bersiap nk ke kelas, melihat kekalutan itu,hati ini mula sayu, andai aku juga berjuang bersama, mungkin aku dan juga mereka sama-sama tempuhi kekalutan itu, tapi kali ini aku hanya mmpu melihat dan tersenyum, "bye hanim, kmi g dlu... assalamualikum.."

bermula lah detik kesunyian itu,.... sunyi sangat-sangat.... hanya mendengar deruan kipas dan alunan nasyid "langkah tercipta " kumpulan in team, mengubat kesunyian,.... inilah rutin yang perlu ku lalui hari ini bersama sahabat di irbid, persatuan Permai yang sangat profesional dalam menguruus hal ehwal masyarakat prmai, beruntung diri ini dapat merasainya....


tak lupa juga pada sahabatku yang sering membantu, tak kira waktu, asal call minta tolong je, boleh... rasa bersalah sangat-sangat, hanya ungkapan maaf dapat ku berikan andai sudah banyak menyusahkanmu, semoga Allah mempermudahkan urusannya, dalam agama dan hidupnya,... semoga Allah mempermudahkan urusannya yng sudah mempermudahkan urusan orang lain....... jasa mu akan ku kenang ~ngee......pukul 7.30 pagi : terima whatssup dari k.faiz "bg bobo mkn, pukul 9 nnti, sekarang bobo tido" hehe mcm mak orang dah k.faiz ni, carring je walaupun bobo tu nakal.....asal keluar sangkar je mula lah masuk sana, masuk sini.... hehe penat juga nk mencarinya....tp itulah peneman k.faiz,,.. "jap ye k.faiz.. kul 9 hanim bg dy mkn" hehe hamster sitter.......

ok, catatan untuk hari ini, sampai di sini sahaja, semoga kurang sdikit rasa kesunyian di hati ini... Allahuma3ani, Allahuma3ana.. Allahuyusa3iddni.... Allahuyusa3idna.... bismillah,bismillah, bismillah....
hasbiyaAllahuwani3mal wakil, wa ni3mal maula,    wa ni3mal nasir........... ameen ya rabbal 3alamin...

C!nt@ ~


           "ya Allah,hambaMu ini terlalu lemah , sehingga takut untuk putus cinta daripada memilih cinta kepadaMu," kita takut untuk kecewa pabila putus cinta, kita takut kecewa pabila di uji oleh Allah, tapi pernah kita fikir, bertapa Allah juga kecewa dengan kita, Allah sudah bagi kesempurnaan kepada kita, tetapi kita masih merungut, Allah sudah memberi kita kesenangan tetapi kita masih lupa untuk bersyukur,hanya dengan berkata "ALHAMDUILLAH" cukup memadai kita memuji nama Allah,, tetapi kenapa terlalu berat? bak kata sabahat ana "la tansa zikrullah" ya,setiap masa kita patut ingat Allah, andai saat itu malaikat maut dtng menjemput, kita dalam keadaan menyebut kalimatullah... subhanallah, pasti mati kita di iringi malaikat dengan baik sekali,kita x tahu bila akan tiba ajalnya, kini kita mula beringat, kerana dunia semakin tua untuk kita terus menumpang,

Dengan berkat kasih sayang Allah,kita masih di izinkan berramal di bumiNya, yang sudah di hias cantik buat hambaNya yang bersyukur,tetapi bagi hambanya yang kufur,dunia ini sudah memadai untuk mereka bersuka ria, kerana mereka lupa akan ada syurga yang lebih indah dari kenikmaan dunia yang fana ini,

situasi pertama :"awak, kalau kita putus untuk sama-sama cari cinta Allah, awak boleh terima??"kata muslimat "xperlu la awak kita putus semata-mata nk cari cinta Allah, klu kita kapel pon kita boleh cari cinta Allah juga " cinta islamik gitu maksud si muslimin.
situasi ke-2 "sya x nak lagi laberhubung dengan awak, sbb awak x baik untuk sya" kata musimat... "kenapa awak cakap mcm tu? awak tahu ke sya nnti akan jadi jahat selamanya?"

situasi pertama : cinta islamik, 
situasi ke dua : hanya ingin melihat kesempurnaan, sehingga lupa bawa setiap manusia ada kelemahan tersendiri.....
kedua-duanya perluada batasnya,nk bercinta, nk berkaple... rujuklah pada batas syariat,semuanya Allah telah letak molek caranya,cuma kita yang terikut dengan nafsu dan syaitan, realitynya begitu, kita melebihkan apa yang nafsu kata baik, daripada iman berkata jahat,kerana iman kita senipis kulit bawang, kita x mampu untuk menentang nafsu sebesar bawang ~hhee~ walhal iman itu lebih patut kita ikot... setiap hati yang di dalamnya ada keimanan, hatinya x kan pernah lupa pada Allah, dan Allah x kan pernah lupakan kita,.....

"Ya Allah , lemparkan lah sedikit rasa rindu ku kepadaMu, kerana Aku ingin mencintaiMu, dengan rasa rindu ini, boleh menenagkan hatiku ya Allah, hanya Engkau wasilah terbaik untuk Aku mencapai redhaMu, ampunilah kmi, bimbinglah kami,,,,,,," 

Uji@n iTu !NdAh



بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah 
Lagi Maha Pengasihani..

saat diri ini di duga, hati menjadi resah, fikiran menjadi serabut, segalanya tak kena pabila di lihat ...
sepertinya sudah tiada jalan lagi untuk ku teruskan pengajian ku, hanya malaysia yang ku lihat, ibu bapa ku yang ku nampak, tetapi, aku lupa pada cita-cita ku , dan matlmat ku di sini, aku lupa pada harapan kedua-dua ibu bapaku untuk melihat diri ini berjaya... subhanallah, alhamdulillah syukur kepada Alla kerana sudah menyedarkan aku dengan ujian ini, aku terlalu lalai dengan kesenangan, sehingga aku lupa akan kesusahan ibu bapaku. kini, aku sedar semua itu... aku mula sedar bahawa aku belum matang untuk menjadi mahasiswa yang terbaik, 

sungguh ujian ini mengajar manusia seribu erti kesusahan, seribu erti kekuatan, seribu erti kesabaran dalam menjalani kehidupan,terima kasih buat ibu bapaku yang tak pernah lupa untuk memberi kata-kata peransang buat ku, diri ini akan cuba kuat demi ilmu,terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang tak pernah jemu menasihati dan memberi suntikkan semangat yang jitu pada diri ini,walaupun satu ketika dahulu kita jauh, sekarang kita sudah dekat kerana ujian ini, kita bersama-sama tadabbur ayatullah untuk diri kita bersama.....tanpa ukhwah kalian, diri ini tak mampu untuk menangggung kesakitan ini, air mata sentiasa menemani, saat malam menjelma kerana menyesali perbuatan diri yang lepas, dan akhirnya senyuman dapat di ukir.... dengan semngat dan niat yang baru, semnagt berkobar-kobar untuk terus berjuang kembali... alhamdulillah....

"abah dan mak, kakak minta maaf ya, untuk sekian kalinya, inilah kali pertama diri ini terasa terlalu bersalah kerana sudah kecewakan hati mak abah,tapi kakak janji,akan mencari diri kakak yang sebenar, akan mengubati kekecewaan yang telah kakak lakukan, hnay dengan mencari ilmu dan redha Allah,harapan dan cita-cita akan kakak teruskan, sungguh kakak akui kesilapan kakak , tetapi kesilapan itu tidak akan lagi kakak ulangi, insyallah... kakak akan cuba yang terbaik... 

inilah saatnya, kita cuba melangkah, mencari satu jalan yang Hakiki, jalan yang tiada penghujungnya, kita berjalan dan terus berjalan tanpa melihat pada jalan yang lepas,andai ingin melihat,. lihatlah untuk menjadi ikhtibar di pertengahan jalan, kerana di setiap jalan yang kita lalui, ada duri yang kita jejaki, tetapi kita rempuh jua duri itu demi jalan yang lebih jauh untuk mengubati luka yang tiada kesannya lagi..........

subhanallah, alhamdulillah..walailahaillahAllahuakhbar!!!andai mati itu terbaik, matikanlah kmi dalam redhaMu,,,, syahid mengejar ilmu, syahid mencari cahayaMu....