Rabu, 20 Jun 2012

Uji@n iTu !NdAh



بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah 
Lagi Maha Pengasihani..

saat diri ini di duga, hati menjadi resah, fikiran menjadi serabut, segalanya tak kena pabila di lihat ...
sepertinya sudah tiada jalan lagi untuk ku teruskan pengajian ku, hanya malaysia yang ku lihat, ibu bapa ku yang ku nampak, tetapi, aku lupa pada cita-cita ku , dan matlmat ku di sini, aku lupa pada harapan kedua-dua ibu bapaku untuk melihat diri ini berjaya... subhanallah, alhamdulillah syukur kepada Alla kerana sudah menyedarkan aku dengan ujian ini, aku terlalu lalai dengan kesenangan, sehingga aku lupa akan kesusahan ibu bapaku. kini, aku sedar semua itu... aku mula sedar bahawa aku belum matang untuk menjadi mahasiswa yang terbaik, 

sungguh ujian ini mengajar manusia seribu erti kesusahan, seribu erti kekuatan, seribu erti kesabaran dalam menjalani kehidupan,terima kasih buat ibu bapaku yang tak pernah lupa untuk memberi kata-kata peransang buat ku, diri ini akan cuba kuat demi ilmu,terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang tak pernah jemu menasihati dan memberi suntikkan semangat yang jitu pada diri ini,walaupun satu ketika dahulu kita jauh, sekarang kita sudah dekat kerana ujian ini, kita bersama-sama tadabbur ayatullah untuk diri kita bersama.....tanpa ukhwah kalian, diri ini tak mampu untuk menangggung kesakitan ini, air mata sentiasa menemani, saat malam menjelma kerana menyesali perbuatan diri yang lepas, dan akhirnya senyuman dapat di ukir.... dengan semngat dan niat yang baru, semnagt berkobar-kobar untuk terus berjuang kembali... alhamdulillah....

"abah dan mak, kakak minta maaf ya, untuk sekian kalinya, inilah kali pertama diri ini terasa terlalu bersalah kerana sudah kecewakan hati mak abah,tapi kakak janji,akan mencari diri kakak yang sebenar, akan mengubati kekecewaan yang telah kakak lakukan, hnay dengan mencari ilmu dan redha Allah,harapan dan cita-cita akan kakak teruskan, sungguh kakak akui kesilapan kakak , tetapi kesilapan itu tidak akan lagi kakak ulangi, insyallah... kakak akan cuba yang terbaik... 

inilah saatnya, kita cuba melangkah, mencari satu jalan yang Hakiki, jalan yang tiada penghujungnya, kita berjalan dan terus berjalan tanpa melihat pada jalan yang lepas,andai ingin melihat,. lihatlah untuk menjadi ikhtibar di pertengahan jalan, kerana di setiap jalan yang kita lalui, ada duri yang kita jejaki, tetapi kita rempuh jua duri itu demi jalan yang lebih jauh untuk mengubati luka yang tiada kesannya lagi..........

subhanallah, alhamdulillah..walailahaillahAllahuakhbar!!!andai mati itu terbaik, matikanlah kmi dalam redhaMu,,,, syahid mengejar ilmu, syahid mencari cahayaMu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan