Berubah itu satu benda yang sangat sukar untuk di lakukan selepas kita jauh dari Allah, kepahitan itu kita perlu tempuhi kerana matlamat kita yang satu, iaitu syurga abadi,
saat diri ini jatuh, kaki bagai tersekat di celah pohon yang rendang, aku mencari kapak untuk memotongnya, tapi tidak jumpa, sedih dan sakit dengan keadaan itu, ak bagai putus asa mencari dan terus mencari kekuatan untuk keluar dri kesakitan itu, ya Allah bantulah aku untuk keluar, aku perlu untuk terus berlari, kerana masih jauh untuk aku gapai matlamat itu, suara hati menjerit sekuatnya... minta tolong dari semua orang, hanya memalui suara hati, tetapi aku melihat saat itu banyak suara hati yang datng menolong, subhanallah, bertapa cantik dan indahnya suara ukhwah itu... ak terus menagis, saat semua menolong,cuba untuk bangun walaupun kesakitan masih berbaki,sedikit demi sedikit kesakitan itu hilang dengan gurau senda dan kata semangat mereka....terima kasih ya Allah, sebab beri kawan-kawan yang baik buat ku....
paling indah saat membuka surat cinta dari Mu ya Allah, surat cinta tanpa kalam itu mengubat lagi hati ini, aku pernah lupa untuk membuka surat cinta itu, tetapi saat aku membuka helaian itu, hatiku menagis, menagis dan terus menagis, atas kejahilan itu, kelalaian yang telah menjatuhkan aku... setiap hari akan ku buka helaian itu walaupun hanya dengan membaca satu ayat dariNya... hati ku menjadi tenang...
"orang-orang beriman, hati mereka menjadi tenteram dengan mengigati Allah.Ingatlah ,Hanya dengan mengigati Allah, Hati menjadi tenang"surah Ar-raad ayat 28
Allah sudah memberi jalan pada kita saat hati kita resah. Allah juga memberi jalan saat kita berasa berdosa, kerana Allah Maha pengampun lagi maha penyayang....walaupun kita telah zalim padaNya, Allah tetap memberi keampunannya kepada kita, dan memberi semangat kepada kita saat kita jatuh .. inilah motivasi yang mnaikan semangat diri ini "TERIMA KASIH ALLAH"
"Dan janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati , sebab kamu paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang beriman"surah ali imran ayat 139
SANDARKANLAH CINTAKU KEPADA ALLAH, AGAR NANTI CINTAKU KEPADA "DIA" HANYA KERANA ALLAH.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan