"Sabda rasulullah s.a.w: jika Allah menghendaki kebaikan kepada seseorng Dia akan di uji dengan musibah" hadis riwayat bukhari
hari khamis 21hb jun 2012,
panggilan telefon dari ukhty naimah mengejutkan aku, apabila mendapat tahu akan ada perjumpaan bersama dengan wakil duta malaysia untuk perbincangan mencari solusi masalah kami, jantung ku berdebar kencang, hanya berharap agar mendapat solusi terbaik buat kmi semua, hanya mampu berdoa agar Allah membuka jalan yang terbaik, aku mencari semangat untuk terus melangkah, dengan 1000 harapan agar bersama sahabat-sahabat di yarmouk university untuk terus berjuang bersama ukhwah yang terbina, sayang untuk aku melepaskan, tetapi aku perlu untuk lepaskan andai Allah telah menetapkan sesuatu untuk kebaikan ku,
hari jumaat 22hb jun 2012..
setelah habis membaca warkah cinta dari ilahi, aku tersedar bahawa aku sudah terlewat 4 minit untuk temu janji, cepat-cepat aku bangun mencari stoking dan beg untuk aku bersedia menemui ustaz saifuddin wakil EMJ , ya Allah berdebar betul hati ini, mencari keselesaan dalam hati ini untuk melihat sesuatu dengan lebih profesional... 20 minit menunggu, jam di tangan telah menunjuk pukul 7.20 mlm...
"assalamualikum..... "suara seseorng dari luar puskom,,,,puskom tempat di mana pelajar-pelajar malaysia universiti yarmouk jan just berkumpul dalam satu-satu program...
"w'alaikumsalam...." kmi menjawap, melihat wajah 2 insan yang sudah banyak menjadi bapa kepada kami di jordan ini, setiap urusan akan di rujuk kepada mereka, terima kasih... kerana sudah banyak bekorban demi kebaikan anak bangsa...
perbincangan terus di mulakan, agar tidak kelewatan untuk kami solat maghrib nanti.... meluahkan dan mengutarakan persoalan terus di bincang, kata-kata semangat dari mereka sangat menjadi motivasi buatku,
"tiada istilah gagal selagi mana kita belum pernah berkata putus asa,setiap kegagalan itu adalah kekuatan untuk berjaya" aku berpegang pada kata-kata ini....
"ustaz saifuddin memberi 2 cara untuk di lakukan agar kami meneruskan perjuangan....pertama : hanya menukar bidang pengajian dalam universiti yang sama " jiwa ku berbunga-bunga.. ya Allah ada harapan lagikah ?? untuk aku terus berjuang bersama sahabat--sahabat? air mata bagai mahu mengalir...
yang kedua: tukar bidang dan tukar universiti" aku berdoa sekuat mungkin untuk terus berada di sini bersama sahabat-sahabat.... ya Allah andai Engkau mahukan sesuatu kebaikan buatku, perudahkanlah...........ameen,
"DOA SENJATA MUKMIN...."BERDOALAH KEPADAKU PERCAYALAH AKAN KU PERKENANKAN DOAMU"surah mukmin ayat 60
"berdoalah kami kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya, ketahuilah sesungguhnyaAllah tidak menerima doa dari hati yang lalai"
riwayat Al tarmizi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan