Remaja
Jiwa yang penuh dengan warna-warna kedamaian… di
sebalik kedamaian .. tersirat seribu keinginan…. Ingin mencuba sesuatu yang
indah di mata, dan sedap di hati. Tetapi tidak tenang pada iman.. jiwa yang
tetang Adalah jiwa yang sentiasa mengigati Allah … tiada rasa yang lebih indah
selain rasa cinta kepada Allah.. sememngnya tidak di nafikan keinginan seorang
remaja untuk hidup bebas tanpa halangan.. tetapi kebebsan itu tidak akan pernah
melanggar kebebasan syariat… sejauh mana kita ingin bebas, tidak mengapa
asalkan lihatlah pada jalan syariat…. Jiwa remaja masih dapat di bentuk,
beruntunglah bagi remaja-remaja yang tidak di uji dengan dugaan “cinta monyet”
kerana Allah tahu tahap kemampuan kita menjaganya, cinta itu suci, dan ianya
juga fitrah bagi setiap manusia.
Tetapi cinta yang bagaimana?? Itulah yang
patut kita fikir, cinta yang sebenar adalah cinta selepas akad, cinta yang
penuh dengan kredhaan tanpa secalit kemurkaan dari Allah, cinta kepada Allah
yang telah mencipta kita, cinta kepada rasulullah yang telah membawa nur islam
kepada kita, da cinta kepada ibu ayah yang telah berkorban untuk kita, pernah
kah kita sedar bahawasanya cinta ini luas dan suci?? Dan bukan salah cinta
andai kita telah melakukan kemungkaran kerana nafsu.
Jangan di risau akan jodoh
kerana firman Allah:”surah yassin:Maha suci Allah yang telah menciptakan
semuanya berpasang-pasangan,baik dari apa yang
di tumbuhkan dari bumi dan diri
mereka sendiri, maupun dari apa yang mereka tidak ketahui,..dan perempuan yang
baik adalah untuk laki=laki yang baik.. dan sebaliknnya, andai kita renungkan
ayat ini, Allah telah menyatakan bahawasannya jodoh dan takdir itu sememngnya
telah di tentukan olehNya, kenapa perlu ada alasan untuk kita menghalalkan
sesuatu yang haram? Bak kata ustaz pharol : kalau kita nak dapat yang
soleh/solehah, kita mestila jadi soleh / solehah, sebab Allah tidak pernah
memungkiri janjiNya,
Andai kita masih mencari cinta yang belum tentu akhirnya ,
seolah-olah kita telah membuang masa dan nikmat kehidupan remaja kita,sedangkan
di usia remaja ini pelbagai nikmat dapat kita rasai, tanpa kita sedari kalau
tidak, pasti tak ka nada kaliamt “sweet seventeen” tetapi macam mana ye kita nk dapat nikmat
ni??? Ha.. kalau orng bercinta selalu lafaz I love you pada kekasihnya, apa kata
klu kita bgi lafaz tu pada mak n ayah kita, mesti lagi sweetkan? Kalau kita
selalu tulis puisi panjang-panjang untuk pujuk kekasih kita, kan lebih baik
kita kembali melihat bait-bait ayat dalam alQuraan yang lebih tetang dengan
pujukan yang paling bererti. Wah, cinta ni banyakkan caranya??? Untuk
menghuraikan cinta dengan jiwa remaja ini adalah satu perkara yang sangat
rumit, kerana pelbagai persoalan dan jawapan akan timbul, Cuma satu sahaja
cinta yang tak akan pernah mengecewakan dan di kecewakan. Iaitu cinta pada yang
member Rasa cinta ini. Kenapa couple haram??? couple hanyalah satu istilah,
tiada salah padanya, tetapi kita yang telah merosakkan nya dengan nafsu, dan
couple atas dasar nafsu akan membawa padah yang buruk pada kita,dan ia juga di
anggap sebagai salah satu jalan mendekati zina , sedangkan zina itu telah di
sebut dalam Al quraan bahawasanya ia salah satu perkara yang keji,
kesimpulannya di sini adalah cara kita mengawal cinta kita daripada di tipu oleh cinta nafsu, bagaimana??? Jom
kita kupaskan permasalahan ini,
Penyelesaian masalah ini ada pada diri kita, sejauh mana kita kuat melawannya daripada melakukan sebarang kemungkaran, pertamanya, carilah satu jalan yang terbaik dalam hidup kita, andai kita msih muda remaja, utamakanlah pelajaran kerana yang utama harus di utamakan, selain itu Allah telah member kita jalan terbaik dalam Al quraan untuk kita elak daripada melakukan sesuatu yang mungkar surah an-Nur (24) ayat 30. Dalam ayat ini Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang di larang, termasuklah memandang wanita yang bukan mahram, serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja, dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman: katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya , surah an-Nur (24)31 ,inilah peringatan yang Allah berikan kepada kita,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan