lembut wanita kerana senyuman,cekal wanita kerana keberanian,patuh wanita kerana kesetiaan...
impian kasih(unic)
kasih
dengar lah,
hati ku berbiara..
kasih,
izinkan,
diri ku bertanya....
bisakah cinta bersemi,
mengundang restu ilahi,
adakah bahgia yng di impi,
menjadi satu rialiti..
kasih, kusedari,
kekurangan ini,
oooo
kasih, ku insafi, kelemahan, ini.....
ku ingin sunting diri mu,
mejadi permaisuri hatiku,
sebagai isteri yang berbudi,
kebangaan para suami..
wanita.....
hiasan dunia,
seindah hiasan adalah wanita solehah,
yang akan membahagiakan syurga di dalam rumah tangga....
Wanita:
bersyukurlah kerana kita adalah wanita, walaupun wanita adalah penghuni neraka yang terbanyak, kerana dosa-dosa mereka, tetapi percayalah, wanita juga ada tempat di syurga, andai kita mengikut apa yang telah di tetapkan oleh syariat, Allah telah meletak wanita setinggi-tinggi darjat di dunia dan akhirat, pada wanita ada syurga , untuk anak-anaknya, Allah Maha Adil padahambaNya, untuk apa lagi kita merungut dengan setiap apa yang di perintahkan oleh Allah...
wanita Adalah ibu,:
kita adalah ibu kepada anak-anak, kita adalah ibu kepada seorang bapa, kita adalah ibu kepada sebuah negara, sunggu berat tanggungjawapmu, sebagai seorang wanita, dan sungguh besar juga ganjaran buatMu sebagai seorang wanita, anak menagis, engakaulah penghibur, anak lapar engkaulah chef, anak tak tahu, engkaulah guru, itulah ibu, tiada kata lelah yang keluar dari mulutnya melainkan senyuman, saat keletihan, engkau mampu tersenyum,saat kelaparan, engkau masih mampu menahanya, agar anak-anak lebih kenyang darimu,setiap masa bagi mu bersama anak-anak adalah masa yang paling gembira melihatnya membesar, itulah kesabaran yang Allah berikan kepada kita sebagai seorang wanita..
wanita seorang isteri:
menjadi seorang isteri bukanlah satu benda yang mudah untuk di pikul , setiap detik kita akan di uji, dengan ujian jiwa, ujian minda, Allah meninggikan darjat kita sebagai wanita andai kita patuh pada seorang lelaki bernama suami, saat itu, syurga kita sebagai seorang isteri adalah di bawah telapak kaki suami, kesabaran yang tinggi untuk kita menjadi yang terbaik buat suami, tetapi suami yang terbaik adalah suami yang meringankan dan memudahkan isterinya. subhanallah.. mampukan kita memiliki berakhlak rasulullah, saat saidatina aisyah tak terdaya memasak, mereka berpuasa??? sungguh kita akui, kita tak sehebat saidatina aisyah untuk memiliki, lelaki sesabar rasulullah dan sehebat rasulullah, tetapi kita mampu mengikut sunnahnya...
wanita seorang anak:
kita juga dilahirkan dari rahim seorang ibu yang juga seorang wanita, kita sebagai satu cahaya baginya, cahaya yang penuh dengan kegembiraan, kita ibarat zahra(bunga)dalam keluarga,andai tiada bunga , taman akan suram, bila ada bunga, taman menjadi indah, itulah kita sebagai bunga yang indah, bunga yang di jaga rapi oleh pekebunnya, yang tidak ada sedikit pon haiwan perosak mampu merosakkan bunga itu, bertapa pentingnya kita untuk sesuatu perkara,kerana Allah tidak menjadikan sesuatu benda dengan sia-sia. pasti ada hikmahnya, kenapa Allah menciptakan , alhamdulillah....
wanita juga HAMBA:
kita hamba Allah sama seperti kaum adam yang lain, andai Allah memberi ganjaran kepada kaum adam kerana kebaikan mereka, begitu juga kaum hawa, Allah akan memberi balasa yang setimpal dengan kebaikan kita, Allah telah meniptakan hawa kepada adam untuk melengkapkan hari-hari adam sebagai manusia, fitrah mahkluk yang inginkan berpasangan,andai bulan berpasangan dengan mentari, begitu juga bunga berpasangan dengan kumbang, siang berpasang dengan malam, dan lelaki berpasang dengan wanita... itulah hikmah kejadian makhluk Allah, bersyukurlah kita kerana sudah terplih menjadi makhluk Allah yang berakal... alhamdulillah...
firman Allah dalam kitabNya:
"Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan,(akan mendapat)syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai"
surah at-taubah ayat 198
Tiada ulasan:
Catat Ulasan